Tak sah ibadah kalau tidak percaya hukum tuhan

View previous topic View next topic Go down

Tak sah ibadah kalau tidak percaya hukum tuhan

Post  2 cents on Tue Dec 02, 2008 1:06 pm

Isu nih menarik jika di relatekan kepada hukum "ISU HUDUD". Ramai yang mengatakan hudud tidak relevan. Ada yang kata bahawa ramai org yang akan kudung tangan dan tidak boleh bekerja. Hudud ditolak. Tetapi dalam quran dikatakan "Celakahlah kepada mereka yang tidak mengangkat hukum Allah. Hukum siapakah yang lebih baik.. (lebih kurang saje seingat saya).

So, bila baca tazkirah nih, maka lebih jelas dan berkembang. Harap bermanfaat pada kalian semua......

Tazkirah Oleh rozmal - Ambuyat

"Hari ini Jumaat 7 November 2008 seperti biasa saya solat Jumaat di Masjid Bandar Baru Senawang. Tapi hari ini terlewat sikit , tak sempat balik rumah , mandi sunat dan pakai baju Melayu. Ada perkara penting dengan Boss di tempat kerja , pukul 1 tengahari baru habis, terus ke masjid.

Sampai saja masjid , bilal sedang azan. Seperti biasa saya mengambil tempat di sayap kiri masjid , anjung luar. Senang nak keluar , sebab nak berkejar masuk kerja pukul 2:30 ptg.


Khatib hari ini ialah Imam Masjid Bandar Baru Senawang , Ustaz Dato Hj Arshad Abd Samad , bekas Ketua Hakim Mahkamah Syariah N.Sembilan. Seorang yang lemah lembut , kalau beri kuliah cakap perlahan , kalau buat jenaka pun perlahan tidak berseloroh , rajin masak kenduri kendara dan sodap , kalau nak sembelih lembu dialah juga orangnya , kalau nak nikah kahwin , dialah juga orangnya yang dicari.


Topik khutbah hari ini ialah sekitar undang-undang Islam. Apa yang tersentuh mendengar khutbah beliau apabila Ustaz Arshad mengatakan bahawa tidak sah ibadah , tidak sah solat , tidak sah puasa , tidak sah zakat jika tidak percaya dengan undang-undang Islam.


Pada sebelah malamnya pula , sekali lagi Us Arshad beri kuliah Feqah bab Mahkamah Syariah. Saya minta ustaz ulas mengenai isi khutbah siang tadi. Dia kata memang sia-sia ibadah jika tidak percaya hukum Islam. Yang penting kita umat Islam mesti yakin dan percaya hukum Islam kerana ianya adalah perintah ALLAH. Soal samada bagaimana hendak melaksanakannya , bila hendak melaksanakanyya itu perkara lain.


Sebagai yang arif tentang hukum Islam menjadi tanggungjawabnya untuk menerangkan kepada semua umat Islam. Samada umat Islam hendak mendengar dan menuruti itu perkara lain katanya, yang penting katanya dia sudah menunaikan tanggungjawabnya untuk memberi penerangan.


Kata beliau lagi orang sekarang suka melakukan Amar Maaruf tapi takut untuk melakukan Nahi Munkar.


Ustaz Arshad hanyalah seorang imam , seorang bekas kadi , tanggungjawab beliau untuk menerangkannya sudah tertunai. Beliau bukanlah ahli politik , malah beliau tidak pernah memberi ceramah atas mana-mana pentas politik. Beliau lebih gemar bercampur bersama masyarakat.


Saya hanya menyampaikan apa yang saya dengar masa khutbah Jumaat tadi dan kuliah maghrib tadi , kerana kesian tengok umat Islam kita jika mereka melakukan ibadah haji , solat , puasa yang sia-sia termasuklah diri kita sendiri yang belum pasti adakah amal ibadah kita selama ini diterima, hanya kita berdoa dan sentiasa mengharapkan ALLAH terima amal ibadah kita. Kalau sesiapa ada masalah boleh jumpa Ustaz Arshad di Masjid Bandar Baru Senawang bila-bila masa.


Rozmal bin Malakan
avatar
2 cents

Posts : 142
Join date : 2008-10-21
Age : 40
Location : Kedah

View user profile

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum