DPLI UDM '08
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Kesan Perlaksanaan Hukum Hudud Kepada Masyarakat Bukan Islam.

Go down

Kesan Perlaksanaan Hukum Hudud Kepada Masyarakat Bukan Islam. Empty Kesan Perlaksanaan Hukum Hudud Kepada Masyarakat Bukan Islam.

Post  2 cents Mon Jan 05, 2009 1:44 pm

Sebelum kalian membaca, tanya diri sendiri apakah pendirian kalian tentang hukum "Hudud". Ramai masyarakat Islam sekarang ni tidak menyokong hudud malah ada yang menghina hukum ciptaan pencipta kita. Menceritakan keburukan tentang hukum ini sehingga menakutkan bangsa dan penganut agama lain. Allah telah berkata di dalam quran "Hukum siapakah yang lebih elok, (hukum ciptaan Allah atau manusia), maka celakalah bagi mereka yang tidak mengambil hukum ciptaan Allah ini...

celaka yang menimpa kita pada hari ini ialah:
-makin byk kes zina, rogol
-makin berleluasa penyakit aids dan kelamin
-makin banyaknya fitnah
-makin ramai yang berani mencuri dan merompak hatta membunuh
-makin kuat rasuah..
-Makin ramai yang minum arak

Siapakah yang menentang hukum Allah?
-Yang tidak yakin dgn hukum Allah
-yang selalu membuat kesalahan besar (dosa besar)
-yang tidak beriman dengan Allah

Sebelum membaca, silalah tanya pada diri sendiri, adakah SEMAKIN aman dan bermoral kah rakyat di negara kita kini setelah berpuluh tahun lamanya kita menggunakan hukuman ciptaan manusia ini?

Artikel oleh web kelaurga Ambuyat:
----------------------------------------------------------------------------------
Kesan Perlaksanaan Hukum Hudud Kepada Masyarakat Bukan Islam.
Dilulus terbit pada Saturday, December 27 @ 09:00:05 MYT oleh TokPenghulu
Oleh suhaizan

"Pada 20.12.2008 suatu forum mempertemukan Dato’ Husam Musa Naib Presiden PAS dan Khairy Jamaluddin Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia telah diadakan di Kelantan.

Seperti dilapor TV3, Khairy Jamaluddin mencabar Husam Musa menjelaskan adakah PAS akan melaksanakan hukum hudud jika memerintah Malaysia. Husam Musa telah mempertegaskan bahawa PAS akan tetap melaksanakan hudud.

Malah beliau menambah tanggungjawab melaksanakan hudud bukan sahaja terletak kepada PAS tetapi juga UMNO yang sedang memerintah.

Maka berlakulah polimik diseluruh negara khususnya daripada pemimpin DAP, MCA dan lain-lain lagi. Sehingga Pemuda MCA Wilayah Persekutuan datang ke pejabat PAS di Jalan Raja Laut menghantar memorendum membantah kenyataan Husam Musa.

Persoalanya mengapa sebahagian masyarakat Malaysia membantah perlaksanaan hukum hudud?. Adakah mereka faham apakah kesan kepada mereka apabila hudud dilaksanakan ?

Suka untuk saya menghuraikan kesan-kesan perlaksanaan hudud kepada masyarakat bukan Islam di Malaysia. Sebenarnya dalam hukum islam terdapat tiga jenis hukuman sahaja. Pertama hudud, kedua qisas dan ketiga ta’zir. Yang jatuh hukum di bawah hudud itu hanyalah tujuh kesalahan sahaja iaitu berzina, menuduh orang berzina tampa bukti, minum arak, mencuri, keluar daripada agama Islam, merompak dan menderhaka kepada negara.

Qisas adalah hukuman balas iaitu bunuh balas bunuh, mencedera balas cedera dan meluka balas meluka. Hukuman ta’zir adalah hukuman denda bagi kes-kes diluar kes hudud dan qisas seperti kesalahan jalan raya. Walaubagaimana pun orang-orang bukan Islam di beri pilihan samaada mahu dihukum dengan hukum Islam atau dengan hukum sivil yang sedang berjalan sekarang.

Hanyalah orang Islam sahaja yang tiada pilihan kecuali dihukum di bawah hukum Islam..

Kebaikkan Pertamanya: Menjaga Keturunan dan Kehormatan

Sebab utama hukum ini diwujudkan adalah untuk mendidik masyarakat Islam atau bukan Islam agar hidup saling hormat menghormati bukannya untuk menghukum semata-mata. Islam tidak suka ada individu yang boleh mecabul kehormatan orang lain.

Tentunya kita benci kalau ada orang merogol anak kita atau kakak kita atau emak kita. Kebaikkan hukuman hudud boleh dilihat daripada negara Arab Saudi yang melaksanakan hukum ini. Pada tahun 2002 bagi perbandingan 1 juta penduduk Arab Saudi hanya 2.39 kes rogol sahaja berlaku. Ini bermakna bagi setiap 1 juta penduduk Arab Saudi hanya 3 kes sahaja berlaku dalam tahun 2002.

Cuba kita bandingkan dengan Malaysia yang tidak mengamalkan hukum hudud, bagi sejuta rakyat Malaysia terdapat sebanyak 51.60 kes berlaku pada tahun 2002. Jumlah tertinggi adalah Kanada yang langsung tidak mengamalkan hukum-hukum yang terdapat dalam Islam, bagi 1 juta penduduk di Kanada terdapat 727.62 kes setahun berlaku kes rogol di negara tersebut. Data bawah ini dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Maklumat lanjut boleh layari http://www.unodc. org/pdf/crime/ eighthsurvey/ 8sv.pdf
Negera Kes RogolTahun 2002 Populasi Penduduk Kes/Populasi x 1 juta
Kanada 24,350 33,465,300 727.62
Malaysia 1,431 27,730,000 51.60
Jerman 8,615 82,127,000 104.90
Arab Saudi 59 24,735,000 2.39
United Kingdom 13,395 61,186,000 218.92
Amerika 95,136 305,975,000 310.93
Rajah 1 : Statistik kes rogol tahun 2002 bagi enam negara.

Kebaikkan Keduanya: Menjaga nyawa dan hartabenda

Hukum hudud ini dilaksanakan untuk menjaga nyawa dan hartabenda manusia. Jenayah yang berlaku dalam atau luar negara akan menyebabkan kehilangan hartabenda dan nyawa manusia. Lihatlah betapa seriusnya masalah jenayah yang berlaku di United Kindom(UK) bagi 1 juta penduduk disana terdapat 106,621 kes jenayah berlaku.

Cuba pula kita lihat kes jenayah di Arab Saudi yang melaksanakan hukum Islam. Bagi 1 juta penduduk disana hanya terdapat 3,420 kes jenayah yang berlaku pada tahun 2002. Data bawah ini dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Maklumat lanjut boleh layari http://www.unodc. org/pdf/crime/ eighthsurvey/ 8sv.pdf
Negera Tahun 2002 Populasi Penduduk Kes/Populasi x 1 juta
Kanada 2,516,918 33,465,300 75,210
Jerman 6,507,394 82,127,000 79,236
Arab Saudi 84,599 24,735,000 3,420
United Kingdom 6,523,706 61,186,000 106,621
Amerika 11,877,218 305,975,000 38,818
Rajah 2 : Statistik Jenayah tahun 2002 bagi lima negara.


Kebaikkan Ketiga : Perniagaan akan lebih maju

Apabila jenayah dapat dikurangkan, perompak takut ingin merompak dan pencuri takut ingin mencuri maka peniaga-peniaga tidak perlu takut untuk berniaga. Keuntungan berniaga akan diperolehi sepenuhnya oleh peniaga tersebut bukannya terpaksa dikongsi bersama perompak dan pencuri.

Modal perniagaan tidak hilang dan duit pusingan perniagaan dapat diperolehi semula setelah barang habis dijual. Pusat-pusat pernigaan tidak perlu membazirkan wang untuk membeli alarm, mengupah pengawal keselamatan dan membeli gril besi pagar.. Para ushawan tidak sakit jantung dan pening kepala memikirkan keselamatan kedai atau gedung-gedung mereka. Semua urusan pernigaan dapat berjalan dengan baik dan teratur

-------------------------------------------------------------------------------------------

Perhatikan akhlak dan cara hidup mereka yang menentang hukum hudud.. siapakah mereka.....
2 cents
2 cents

Posts : 142
Join date : 2008-10-21
Age : 47
Location : Kedah

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum